- Bagaimana saya terima buku selepas membeli?
- Sebaik pembayaran disahkan, buku tersedia dalam Perpustakaan Saya. Log masuk dan muat turun PDF pada bila-bila masa.
- Boleh saya cetak berulang kali?
- Boleh, untuk anak-anak dalam keluarga anda sendiri. Cetak semula helai yang anak mahu buat sekali lagi.
- Saya guru tadika. Boleh saya cetak untuk kelas?
- Pilih buku bertanda "Cetak untuk satu kelas" atau pek guru. Buku biasa hanya untuk kegunaan keluarga sendiri.
- Buku mana sesuai untuk anak saya?
- Mula dengan umur anak. Setiap buku ditanda dengan julat umur, contohnya 4 hingga 5 tahun. Untuk anak 6 tahun, lihat buku "Sedia ke Tahun 1".
- Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
- FPX (perbankan dalam talian), kad kredit/debit dan e-dompet terpilih. Semua transaksi diproses oleh pintu pembayaran berlesen; kami tidak menyimpan maklumat perbankan.
- Boleh dapat bayaran balik?
- Oleh kerana buku digital diserahkan serta-merta, bayaran balik terhad kepada bayaran berganda, fail rosak atau caj tanpa kebenaran. Lihat Terma untuk butiran.