Langkau ke kandungan
Bisol Books

Kami buat buku yang anak tadika mahu buka, dan ibu bapa mampu beli.

Kebanyakan buku latihan prasekolah yang bagus di internet ditulis untuk kanak-kanak di negara lain: ejaan Amerika, duit dolar, musim salji. Anak kita belajar suku kata, kenal duit syiling ringgit dan menyambut Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Bisol Books mengumpul dan menyesuaikan buku cerita, lembaran kerja dan bahan belajar untuk anak Malaysia berumur 4 hingga 6 tahun. Kami pegang tiga perkara:

Ikut umur. Setiap buku ditanda untuk umur yang sesuai, supaya ibu bapa tidak perlu meneka.

Konteks Malaysia. Nama, makanan, duit dan perayaan yang anak kenal. BM diajar dengan suku kata, bukan phonics yang diterjemah.

Mudah dicetak. PDF saiz A4 yang boleh dicetak di rumah atau di kedai fotostat, dan diulang bila-bila masa.

Untuk guru tadika, pek guru kami disertakan lesen cetak untuk satu kelas.

Lihat semua buku